Oleh : Dominic Kalang Seling
NAMA & SEJARAH KAMPUNG
Sejarah Nama Kampung:
Kampung Long Selatong terletak di sebelah kanan sungai Baram jika kita memulakan perjalanan dari hilir sungai Baram iaitu lebih kurang 8 km dari Long San. Jikalau kita melalui jalan darat iaitu jalan kem pembalakan dari Long San, ia memakan masa lebih kurang 20 minit untuk sampai ke Long Selatong. Manakala, jika menggunakan bot berinjin melalui sungai, ia akan memakan masa setengah jam semasa arusnya deras atau lebih lama mengikut keadaan arus sungai yang tidak menentu. Tetapi, jika dari Miri, ia memakan masa lebih kurang 5 jam untuk sampai ke perkampungan tersebut dengan menggunakan jalan kem pembalakan.
Nama Kampung Long Selatong, mengikut cerita orang tua-tua adalah berasal dari perkataan latong yang bermaksud buluh betong. Pada masa itu, terdapat banyak buluh betong di kawasan tersebut dan juga di sepanjang tebing sungai Selatong. Buluh betong dan rebungnya adalah sesuatu tumbuhan yang menyumbangkan pelbagai kegunaan kepada penduduk Long Selatong pada masa dahulu. Rebung dijadikan sebagai sumber makanan yang digemari penduduk Long Selatong, manakala buluh pada ketika itu pula ada bermacam-macam kegunaannya seperti untuk membuat rumah, pondok huma, pagar rumah, bubu, bakul, alat senjata (seperti pisau, sakuh, perangkap binatang, jarum) dan sebagainya. Pagar rumah yang dibina dari buluh ini adalah untuk melindungi mereka daripada serangan musuh seperti pengayau (head hunters). Selain itu, buluh juga digunakan untuk memagari huma dan tanaman dari haiwan perosak seperti rusa, babi, dan sebagainya. Ini terbukti bahawa pada ketika itu, kegunaan buluh adalah amat meluas bagi penduduk kampung ini. Dari situlah nama Kampung Long Selatong telah tercipta.
Sejarah Kampung:
Mengikut cerita orang tua-tua dari Kampung Long Selatong sendiri, kaum Kenyah (Lepo Dikan) yang menetap di Long Selatong sekarang, pada mulanya hidup berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain di sepanjang sungai Baram. Mengikut cerita mereka lagi, mereka berasal dari Long Danum di kawasan Usun Apau (terletak di Apau Peliran). Dari situ mereka berpindah ke Tukung Julut (juga di kawasan Apau Peliran). Di Tukung Julut inilah tempat di mana semua bangsa Kenyah menetap untuk seketika. Pada tahun 1830 iaitu sebelum zaman penjajahan British, populasi mereka masih ramai.
Pada tahun 1833 pula, mereka (Lepo Dikan) telah berpindah ke Lulau Esai (di Sungai Silat) kerana pada ketika itu, mereka masih percaya pada dukun dan bomoh. Masyarakat kampung pada masa itu masih hidup berlandaskan mimpi di mana mereka akan berpindah apabila dukun dan bomoh telah mengalami mimpi yang menunjukkan petanda-petanda buruk (ame’n) yang akan melanda kampung.
Namun, pada tahun 1840, mereka berpindah lagi ke Long Julan – Pelutan. Semasa mereka disitu, satu wabak penyakit kudis (sakit kerapit – Pu’u) telah merebak dan akibatnya, ramai dikalangan mereka meninggal dunia dan populasi mereka pula semakin berkurangan. Oleh itu, mereka telah berpindah sekali lagi pada tahun 1842 ke Long Polo (di Sungai Patah). Pada ketika itu, kaum kenyah Lepo Abong, Lepo Ga, dan Lepo Dikan masih hidup bersama dan bersatu dalam satu komuniti yang besar tetapi di bawah ketua masing-masing. Lepo Dikan pula dibawah seorang ketua yang mereka pilih di antara orang maren (orang bangsawan) yang bernama Lu’ong Lenjau.
Selepas itu, pada tahun 1910, Lepo Dikan dan Lepo Ga telah berpindah ke Long Kelamei dan menetap disitu untuk seketika. Disitu mereka hidup dalam keadaan yang susah sekali kerana susah untuk mencari makanan terutama padi. Tanaman padi bukit selalunya tidak membuahkan hasil, tambah pula haiwan perosak pada ketika itu terlalu banyak. Oleh itu, mereka berpindah ke Na’a Luyak untuk seketika waktu. Namun, mereka berpindah lagi kerana bomoh dan dukun mengalami mimpi buruk (ja’et ame’n) dan mereka pun berpindah ke Long Selatong pada tahun 1920. Pada masa itu, mereka masih diketuai oleh Lu’ong Lenjau dan disinilah ketua kampung sekarang, iaitu Lenjau Gau telah dilahirkan.
Namun mereka tidak menetap lama disitu dan dimana, mereka telah berpindah ke Long Semu’ong pada tahun 1926 sehingga tahun 1929. Tanaman padi yang ditanam tidak membuahkan hasil yang mencukupi dan ini menyebabkan mereka hidup susah. Ini juga merupakan satu petanda nasib malang (ja’et amรฉn). Hanya segelintir penduduk sahaja yang boleh dapat padi. Untuk menyara hidup mereka sendiri, mereka bekerja untuk keluarga yang lebih berkemampuan bagi mendapatkan upah untuk keperluan harian.
Pada tahun 1929 juga, mereka berpindah pula ke Tanjung Tepalit dan menetap disana selama 6 tahun. Disinilah ketua mereka iaitu Lu’ong Lenjau meninggal dunia dan oleh kerana beliau tidak mempunyai zuriat, tampok ketua diambil alih oleh Ngau Puloh yang juga berketurunan bangsawan (maren) di kalangan mereka. Kemudian, mereka berpindah lagi ke Lidung Bedalite sehingga tahun 1949 dan pada hujung tahun tersebut, mereka berpindah semula ke Long Selatong untuk ketiga kalinya dan terus menetap disitu. Sehingga sekarang, mereka tidak lagi percaya akan dukun dan bomoh kerana wujudnya agama yang tetap antara mereka iaitu agama Kristian (Roman Catholic). Begitulah sejarah perpindahan kaum kenyah Lepo Dikan yang menetap di Long Selatong sekarang.

No comments :
Post a Comment